Friday, 23 November 2012

Mencipta Blog Pembelajaran

Assalamualaikum..
Pada minggu ke-3 kelas ICT, kami diajarkan pula tentang cara membuat blog. Apa itu blog sebenarnya ?
Baiklah, blog merupakan singkatan daripada 'web log' yang merupakan laman untuk kita berkongsi maklumat dengan rakan-rakan di alam maya ini. Jadi, dikira penting jugalah untuk mempunya satu blog sendiri kan ? hehe.. Refleksi kali ini ialah mengenai cara-cara mencipta blog sendiri.
Untuk mencipta blog, kita mestilah isi form dulu.. macam biasa la.. hehe..

Hah, tunggu apa lagi ? cepat lah buat blog.. Apabila sudah ada blog sendiri anda boleh kongsikan apa-apa yang anda suka dan haruslah bermanfaat.. Contonya blog saya ni kan ? Alamak, terpuji diri sendiri pulak.. 



 Dalam seronok-seronok meng'update' blog, kita mesti tahu Etika Penggunaan Blog.. Jadi, dah alang-alang cerita pasal blog, baik kita kongsi juga Etika2 penggunaanya..

Etika Penggunaan Blog :
  1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci.
  2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang.
  3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
  4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.
  5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.
  6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
Semoga kita sentiasa mengamalkan etika ini dengan sempurna ya? :)

No comments:

Post a Comment