Friday, 23 November 2012

Penggunaan 'Google Docs'

Kelas ICT dalam kimia ini, kami dimahirkan dengan penggunaan internet. Rupa-rupanya banyak juga kebaikan ICT ini ya. Sebelum ini rasa macam buta IT je.. Jadi, jangan pandang remeh dengan ilmu tentang ICT ok ?
Bagi pelajar yang proaktif memerlukan mereka untuk mengetahui cara menghantar assignment secara 'online'. Maklumlah, sekarang kita sudah berada di  zaman serba moden. Jadi, kali ini saya akan kongsikan apa yang saya pelajari iaitu penggunaan 'google docs'.

Pertama, buka akaun Gmail masing-masing.. dan tekan caption 'drive' yang terletak di bahagian atas .. 
selepas itu, akan keluar page seperti ini :


Bagi meletakkan sebarang fail pada google docs, tekan caption 'upload'.. dan mulakan sesi muat turun tersebut. Setelah siap, tekan pada folder tersebut dan tekan 'share' jika ingin menghantar assignment atau berkongsi dengan orang lain.. bila dah tekan 'share' automatik akan keluar box seperti ini:

Dan kita boleh tukar  penetapan kepada siapa kita mahu kongsikan dengan klik pada caption 'change' tersebut.. Contohnya:

Jika ingin menghantar assignment, letakkan tetapan perkongsian kepada 'anyone with the link' dan 'save'.. dan bolehlah copy link tersebut untuk diberikan kepada pensyarah contohnya. 

Melalui pembelajaran ini, saya dapat mengenalpasti bahawa penggunaan 'google docs' ini mempunyai banyak kebaikannya. Ianya memudahkan proses penghantaran tugasan oleh pelajar-pelajar. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan penggunaan kertas dan mengelakkan pembaziran. Jadi, dalam masa yang sama dapat memelihara persekitaran.

Selamat Mencuba ! :)





No comments:

Post a Comment