Wednesday, 19 December 2012

Minggu Terakhir Sem 3

Assalamualaikum..

Rasa berat untuk meninggalkan sem 3 ini.. pelbagai pengalaman pahit, manis, suka, dan duka dilalui oleh kami.. Sekarang kami hanya tinggal untuk mengangkat senjata bagi menyelesaikan perjuangan kami sebagai mahasiswa/i U.P.S.I..

InsyaAllah, semoga kami sama-2 mencipta kejayaan. Tak mustahil untuk berjaya jika kita nekad, yakin, dan berusaha... Semoga Kejayaan mengiringi kita semua.. :)

BIRU BERSATU (!)




Periodic Table


Camstudio


Camstudio : Tutorial Photoscape.
Ini merupakan tugasan ICT kami yang terakhir. Kami mendapati banyak kebaikan yang diperoleh daripada software ini. Antaranya ialah memudahkan tugas kami sebagai bakal guru untuk merekod segala presentation disepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti ini.

Apakah kegunaan camstudio ini ?
Camstudio berupaya merekod keseluruhan skrin dan aktiviti audio pada komputer anda dan mencipta AVI video.. 

Fungsi Camstudio : 
1. Boleh digunakan untuk mendemonstrasi video untuk apa-apa program/
2. Mencipta Camstudio sebagai tutorial untuk sekolah dan kolej.
3. Merekod masalah yang terdapat di dalam komputer bagi memudahkan anda mencari penyelesaian.



Hasil kerja kami.. :)



Sunday, 2 December 2012

Stress & Kita :)

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur, Alhamdulillah.. masih berkesempatan menulis entri ney walaupun tengah bz dengan urusan dunia...
Saje je rajin nk update kt cney... Sekarang dah msuk minggu ke-12 kuliah.. dan pada minggu ney jugak lah assignment, test, kuiz, n report experiment nk kne hantar.. adusshhh... Pening jugak kan?

Tapi saya nk bg nasihat, juga kepada diri ini yg sering alpa.. Jgn terlalu kejar urusan dunia sehingga kita mengabaikan urusan akhirat.. Jgn smpai satu saat yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.. sesibuk mana pun kite, ambil satu masa untuk refleksi diri dan renung balik nikmat yang Allah dah bagi kt kite..


Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)


Oh ya ! sekadar peringatan bersama.. jgn stress taw ! sebenarnya, kite tak boleh hilangkan stress, tapi kita mampu kawal stress.. meh sini nk kongsi..

Cara-cara mengawal stress..

  1. Banyakkan istighfar
  2. Solat hajat + solat taubat
  3. Sentiasa berhubung dengan ibu &ayah
  4. Tahan perasaan marah
  5. Bernafas secara perlahan-lahan
  6. Elakkan berlapar (walaupun tgh diet) hehe..
  7. Dapatkan nasihat
  8. Anggap ujian sebagai penghapus dosa.
  9. Terima stress sebahagian daripada hidup
Jangan sebab stress, kite bwat macam kawan kite kt bwah ney taw ! 

















Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Usaha, doa, tawakal ! semoga Allah Redha.. :)

Wednesday, 28 November 2012

Sreadsheet

Assalamualaikum....

Apa khabar ? hari ini saya nak buat refleksi minggu ke-8 kelas ICT in Chemistry... hari ini kami belajar cara untuk membuat spreadsheet menggunakan Microsoft Office Excel.. 
Haa... sebenarnya lama sudah Software Microsoft Excel ini ada dalam komputer.. Tapi tak tahu bagaimana nak guna.. sebab kami student kimia. tak ada pula kami belajar guna software ini.. hehe.. 
tetapi, Sekurang-kurangnya boleh juga belajar kan.. tahu lah sikit2 pasal spreadsheet ney.. 

Apa itu spreadsheet ? 
Spreadsheet merupakan 1 grid yang menyusun data dalam bentuk jadual untuk memudahkan ia memaparkan maklumatan dan kita boleh memasukkan formula untuk menyusun data tersebut. Selain itu, maklumat juga boleh diubah dan disusun.

Kegunaan spreadsheet :
  • merekod markah pelajar dan mengenalpasti purata markah  pelajar dan menjimatkan masa
  • meningkat produktiviti dan mutu kerja apabila berhadapan dengan macam2 data.
  • boleh mengekpress data dalam pelbagai cara contohnya carta pai, graf, dll.
  • boleh digunakan dalam pelbagai matapelajaran.
  • memudahkan urusan guru untuk mengendalikan data pelajar.
Ini contoh yang saya buat.. Tapi, markah tu reka sendiri.. :)