Wednesday 28 November 2012

Sreadsheet

Assalamualaikum....

Apa khabar ? hari ini saya nak buat refleksi minggu ke-8 kelas ICT in Chemistry... hari ini kami belajar cara untuk membuat spreadsheet menggunakan Microsoft Office Excel.. 
Haa... sebenarnya lama sudah Software Microsoft Excel ini ada dalam komputer.. Tapi tak tahu bagaimana nak guna.. sebab kami student kimia. tak ada pula kami belajar guna software ini.. hehe.. 
tetapi, Sekurang-kurangnya boleh juga belajar kan.. tahu lah sikit2 pasal spreadsheet ney.. 

Apa itu spreadsheet ? 
Spreadsheet merupakan 1 grid yang menyusun data dalam bentuk jadual untuk memudahkan ia memaparkan maklumatan dan kita boleh memasukkan formula untuk menyusun data tersebut. Selain itu, maklumat juga boleh diubah dan disusun.

Kegunaan spreadsheet :
  • merekod markah pelajar dan mengenalpasti purata markah  pelajar dan menjimatkan masa
  • meningkat produktiviti dan mutu kerja apabila berhadapan dengan macam2 data.
  • boleh mengekpress data dalam pelbagai cara contohnya carta pai, graf, dll.
  • boleh digunakan dalam pelbagai matapelajaran.
  • memudahkan urusan guru untuk mengendalikan data pelajar.
Ini contoh yang saya buat.. Tapi, markah tu reka sendiri.. :)



Friday 23 November 2012

Falsafah Pendidikan Adibah Izzati :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. :)

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk menulis entri pada kali ini..
Hari ini Dieba nak cakap pasal falsafah.. Wah, macam nak belajar sejarah pula. Bagi yang berminat, teruskan membaca ya.. jangan keluar lagi.. hehe ^___^

Saya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Haa.. apa motif bagitau belajar kat mana kan ? Macam tak penting.. Tapi nak juga bagitahu sebagai intro.. Sebenarnya saya nak cerita yang saya kemungkinan akan keluar sebagai seorang guru.. Eh, macam tak percaya .. hehe.. tapi percayalah sebab cita-cita saya sejak sekolah rendah lagi nak jadi seorang guru. Semoga Allah S.W.T mempermudah urusan saya untuk mengejar cita-cita ni.. Tinggal beberapa langkah je lagi nie.. Eh, panjang pula bercerita. Kembali kepada motif utama,.. saya nak perkenalkan kepada kamu semua tentang falsafah yang hendak saya pegang apabila sudah bergelar seorang guru nanti..

Bismillahirrahmannirrahim....

Pertama, saya ingin menjadi seorang guru ataupun pendidik yang berkaliber, praktikal, dan progresif. Maksudnya di sini ialah serba boleh supaya disenangi oleh pelajar-pelajar saya nanti.. Kedua, saya akan sentiasa meletakkan diri saya sebagai 'role model' kepada anak- anak murid dengan menunjukkan imej yang baik dan sopan, mempunyai pengetahuan yang luas, berkepimpinan, dan mempunyai emosi yang stabil.

Seterusnya, saya akan berusaha untuk bekerja secara kreatif. oh ya, apa yang cuba dimaksudkan ya ? Sebenarnya, apa yang dikatakan bekerja secara kreatif ialah membuat perubahan kepada proses P&P supaya lebih menarik dan menyeronokkan. Jadi, saya akan rangka dahulu apa yang ingin diajar dengan merujuk kepada cara pembelajaran pelajar-pelajar supaya mereka dapat menerima dengan mudah (mengambil kira pembezaan pelajar) serta menggunakan alat bantu mengajar seperti Video dan Powerpoint.

Selain itu, saya juga akan menjadikan pelajar seperti keluarga saya sendiri bagi mengelakkan jurang antara guru dan pelajar. Maksudnya, pelajar boleh menceritakan masalah mereka, menegur jika saya tersalah ketika proses mengajar, dan membantu pelajar yang bermasalah seperti mengadakan kelas tambahan kepada mereka.

Eh, berapa dah falsafah saya nie ? hehe.. tak kesah la.. yang seterusnya pula, sebagai guru pendidikan kimia pula, saya akan lebihkan praktikal. Contohnya, menunjukkan aplikasi bagi setiap yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Mungkin dengan cara sebegini pelajar akan lebih faham. Begitu juga dengan eksperimen..


Akhirnya, banyak lagi falsafah yang diba nak pegang, tapi kita buat perlahan-perlahan. Diba harap kejayaan menyebelahi diri ini dan hasrat untuk menjadi pendidik dapat dicapai. Insyaa Allah..

'Online Form'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Refleksi kali ini pula ialah mengenai 'online form'..
Online form atau dalam bahasa Malaysianya, borang dalam talian.. kita selalu guna kan ? tapi pandai tak nak cipta sendiri? Saya pun pada asalnya tak tahu pun pasal borang atas talian ni.. tapi, kelas ICT kali ini kami sempat mempelajarinya. Jadi, mudahlah kiranya selepas ini kita nak amalkan ye ? Pemudah kerja.. tak perlu lagi sediakan banyak-banyak borang manual.. :)

Macam mana nak mula ye ? Oke, sama je macam nak sediakan 'google docs'. Sebelum ney da belajar kan ?
Google > Drive > Create > Form. lepas tuh akan keluar macam ini..










Lepas itu, kita letak la apa-apa soalan contohnya maklumat diri dan sebagainya. Anda juga boleh tukar templete yang anda suka..

Hmmm... Tadaaa.. Saya dah cuba buat..



















Kamu boleh tengok contoh sepenuhnya yang saya telah buat dekat: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDhIUGcxOEVCWjJYbHNJMjFWaHlMenc6MQ ..
Boleh la kalau nak cuba-cuba buat.. :)