Friday, 23 November 2012

Mencipta Blog Pembelajaran

Assalamualaikum..
Pada minggu ke-3 kelas ICT, kami diajarkan pula tentang cara membuat blog. Apa itu blog sebenarnya ?
Baiklah, blog merupakan singkatan daripada 'web log' yang merupakan laman untuk kita berkongsi maklumat dengan rakan-rakan di alam maya ini. Jadi, dikira penting jugalah untuk mempunya satu blog sendiri kan ? hehe.. Refleksi kali ini ialah mengenai cara-cara mencipta blog sendiri.
Untuk mencipta blog, kita mestilah isi form dulu.. macam biasa la.. hehe..

Hah, tunggu apa lagi ? cepat lah buat blog.. Apabila sudah ada blog sendiri anda boleh kongsikan apa-apa yang anda suka dan haruslah bermanfaat.. Contonya blog saya ni kan ? Alamak, terpuji diri sendiri pulak.. 



 Dalam seronok-seronok meng'update' blog, kita mesti tahu Etika Penggunaan Blog.. Jadi, dah alang-alang cerita pasal blog, baik kita kongsi juga Etika2 penggunaanya..

Etika Penggunaan Blog :
  1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci.
  2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang.
  3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
  4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.
  5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.
  6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
Semoga kita sentiasa mengamalkan etika ini dengan sempurna ya? :)

Penggunaan 'Google Docs'

Kelas ICT dalam kimia ini, kami dimahirkan dengan penggunaan internet. Rupa-rupanya banyak juga kebaikan ICT ini ya. Sebelum ini rasa macam buta IT je.. Jadi, jangan pandang remeh dengan ilmu tentang ICT ok ?
Bagi pelajar yang proaktif memerlukan mereka untuk mengetahui cara menghantar assignment secara 'online'. Maklumlah, sekarang kita sudah berada di  zaman serba moden. Jadi, kali ini saya akan kongsikan apa yang saya pelajari iaitu penggunaan 'google docs'.

Pertama, buka akaun Gmail masing-masing.. dan tekan caption 'drive' yang terletak di bahagian atas .. 
selepas itu, akan keluar page seperti ini :


Bagi meletakkan sebarang fail pada google docs, tekan caption 'upload'.. dan mulakan sesi muat turun tersebut. Setelah siap, tekan pada folder tersebut dan tekan 'share' jika ingin menghantar assignment atau berkongsi dengan orang lain.. bila dah tekan 'share' automatik akan keluar box seperti ini:

Dan kita boleh tukar  penetapan kepada siapa kita mahu kongsikan dengan klik pada caption 'change' tersebut.. Contohnya:

Jika ingin menghantar assignment, letakkan tetapan perkongsian kepada 'anyone with the link' dan 'save'.. dan bolehlah copy link tersebut untuk diberikan kepada pensyarah contohnya. 

Melalui pembelajaran ini, saya dapat mengenalpasti bahawa penggunaan 'google docs' ini mempunyai banyak kebaikannya. Ianya memudahkan proses penghantaran tugasan oleh pelajar-pelajar. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan penggunaan kertas dan mengelakkan pembaziran. Jadi, dalam masa yang sama dapat memelihara persekitaran.

Selamat Mencuba ! :)





Membuka Akaun Gmail..

Pada minggu pertama kelas ICT, kami diminta untuk membuka akaun Gmail. Mestilah kena ada akaun Gmail kan ? kalau tidak, macam mana blog ini nak wujud kan ? Jadi untuk memulakan proses membuka akaun ini, kita mestilah mengisi semua form yang dikehendaki.Sebagai pencerahan, saya tunjukkan gambarnya ye..


haa.. ini dia.. Lepas dah isi semua maklumat ini, kita boleh gunakannya untuk keperluan kita dan  juga mencipta blog. Nanti saya ajarkan pula cara membuat blog ya.. Terima Kasih.. :)

Saturday, 29 September 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Selamat datang kepada blogger  ! Untuk pengetahuan kalian., blog ini diwujudkan hasil daripada pembelajaran ICT dalam kimia. Walau apapun , hope korang enjoy dengan blog ney lah yep..! saya harap blog ini akan memberi manfaat dan ilmu, walaupun sedikit. InsyaAllah, segala yang dikongsikan berteraskan pendidikan kimia semata-mata.. mohon kamu semua turut berkongsi ilmu tambahan di sini.. Enjoy with Chemistry, yaa.. ^___^